Monday, May 25, 2009

berBaLoi KaH cinTa



cinta,
pejuangnya Hj. Abdul Rahman Limb0ng,
krn cinta sangg0p menentang,
hanya krn xpuas ati dgn sistem cukai & undang-undang.

cinta,
sucikah kasih se0rg ibu pd anaknya,
yang menatang apabile anaknya menderita,
yang menjaga sepanjang masa,
demi kesihatan anak yang tercinta.

cinta,
setiakah manusia,
apabile g0daan demi g0daan bermain d dpn mata,
bebanggakah manusia,
apabile dpt menakluk se0rg wanita,
bejayakah manusia,
apabile dapat mer0sakkan wanita tampe relanya.

cinta,
pejuangnya Muslim yang menyedari,
berhempas pulas mencari & terus mencari,
hakikat & erti sbnr ape makne kekal abadi,
tidak bermaksud melupekan duniawi,
sekadar melihatnya di ujung jari.


cinta,
sanggupkah kecewakn atinya,
yang telah menjage kita,
sejak dr merah hingga dewasa,
sedarikah kita yang selalu ikut kate minda,
sape yang selalu & besama kita slamanya,
kekasih @ ibu bapa.

cinta,
yang kekal hakiki,
yang mencintai ALLAH melebihi segala yang ingin d hendaki,
yang menyerahkn dirinya demi mendapat cinta hakiki,
yang menginginkan pilihan drpd ALLAH yang abadi,
siapa yang layak utk diri yang hine ini,
yang mahukan psgnnye hingga d syurga menjadi permaisuri,
selain drpd bidadari yang di janjikan oleh ALLAH utk hamba yg mendambakn diri,
berjihad pd jln yang d redoi,
d dunia yang penuh cubaan,g0daan,liku-liku duri,
harta, rupe, pangkat & janji-janji yang di taburi,
xde maknenya apabile usia dah d ujung hari,
yang kekal,
HANYALA IMAN,TAQWA, & CINTA PD ALLAH TA'ALA.







Thursday, May 21, 2009

bimbang aku bimbang

Aku bimbang .. sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok.. aku mati mendadak?Sembahyangku masih banyak.. yang belum terqada'.
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak.
Hutangku masih berlambak-lambak.Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai.
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai.
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajahnya
Atau ................
apakah aku akan dibelasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?Apakah aku dapat menahan sakit Bila ular kubur datang menggigit Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
Isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah.Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA.
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan.Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan.Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang.Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang.. amat bimbang..
Imanku masih terumbang-umbang Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an.
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan.
Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang.
Tinggalkanlah padang bola.. TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu.
Berhentilah menjadi sahabat syaitan.
Agar hidupmu mendapat keredhaan.
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH!

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa . ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, AMIN."

Aku duduk syurga tingkat berapa?

Tanya seorang ahli ibadat yang sedang bertapa dalam gua, yakin dengan ibadatnya yang hebat yang mana telah mencecah berpuluh puluh tahun, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud,
lantas bertanya kepada Allah,
aku duduk syurga tingkat berapa wahai tuhan?

Jawapan:-
tingkat berapa?nama dalam senarai ahli syurga pun belum ada.

Alangkah terkejutnya ahli ibadat yang telah beribadat mencecah berpuluh puluh tahun, yang mana makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, dah begitu hebat punya amalan, namun, nama dalam senarai ahli syurga pun belum ada?Oh, jika aku yang dah begini banyak ibadat belum tentu masuk syurga, bagaimana dengan orang lain yang tak pernah ibadat?
Bagaimana nasib mak aku, adik aku yang tak pernah beribadat?
Tanya orang tua itu dalam keadaan penuh sedih.

Lantas Allah telah memberi jawapan yang baru kepada Nabi Musa untuk dikhabarkan kepada ahli ibadat itu bahawa sekarang,
setelah ahli ibadat ini ada fikir risau atas orang lain, maka namanya telah berada dalam senarai ahli syurga, Alhamdulillah.

Moral:
kepada ahli ibadat yang beramal soleh,
tapi tidak pernah berkerut kening apabila melihat atau teringat kepada ahli maksiat,
maka janganlah korang berangan masuk syurga tingkat berapa,
kerana apabila azab Allah turun, koranglah orang yang pertama kena azab,
demikian berita yang aku dengar dari hadith sabdaan nabi Muhammad SAW.
oh, dosa mana lagi yang aku dustakan?

Aku duduk neraka tingkat berapa?

Aku duduk neraka tingkat berapa?
Tanya seorang samseng kepada Nabi Musa, [Wah! soalan macam ni pun ada, jahat betul mamat ni, boleh pulak tanya soalan macam gitu]

Di sini Allah memjawab soalan dengan soalan..
Tanya Nabi Musa kepada lelaki itu,
Bagaimana caranya jika Allah mahu masukkan dunia ke dalam lubang jarum?

Jawab lelaki itu
Allah boleh memasukkan dunia ke dalam lubang jarum tanpa Allah membesarkan lubang jarum, dan tanpa Allah mengecilkan dunia.

Lalu nabi Musa bagitahu
nama kau tiada dalam senarai ahli neraka.

oh! Alangkah terkejutnya lelaki itu, lantas terus terpegun dengan Rahmat Allah,
dan terus mengubah hidupnya menjadi orang yang benar benar beriman,
dan dalam perjalanan takdir,
lelaki itu terus menjadi pengikut Nabi Musa dan mati dalam keadaan beriman.

Moral:
Orang yang betul yakinnya dengan Allah, betul sangkaanya dengan Allah,
dan tidak pernah mempertikaikan kekuasaan Allah,
maka insyAllah, jalan taubat akan terbuka untuknya,
jadi, sejauh mana yakin kita pada Allah hari ini?
Tepuk dada tanyalah iman..

Wednesday, May 20, 2009

ant sab0 & meNgeLuH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,

"Apakah katamu hai saudaraku ?
Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya,

"Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab,

"Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,
"Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas,
ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya
habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka dia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya,

"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab,

"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda.
Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya.
Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.


Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam
sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama
dan hukumnya haram.


Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju,
mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya lagi,
" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.




MaTaHaRiKu

Dalam 1 tazkirah,1 sln ust tanye…

Nape matahari semakin pns mengikut pndangan Islam? Antara jwpn pendgr2 adalah pemanasan global, byk hutan2 di tebang, byk gas2 karb0n m0n0ksida terlps dr kerete, econ, dan byk lg alat-alatan yg di cipta oleh manusia. Ustaz tersenyum mendgr jwpn2 drpd pendgr. Ustaz berkata, “Mmg btl ape yg puan2 jwb. Dr sudut Islam adalah kerana dunia skrg telah kembali kepada zmn zahiliah. Matahari yg menanggung segala perbuatan dosa2 yg di lakukan oleh manusia tiap2 kali matahari terbit dr timur. Semakin byk dose manusia lakukan, semakin pns bahangnye.


Bile mlm menjelma, matahari berada di Arasy. Matahari berkata kpd ALLAH yg dia dah x mampu nk tanggung dah sbb terlalu pns. [cuba bygkn matahari sendri p0m x larat nk tanggung, kita apetah lg, lg la x lrt nk tanggung. SUBAHANALLAH]. Tetapi ALLAH menyuruh matahari bersabar, lum smpai masenye utk matahari bersembunyi utk selamanye.


Smpai satu tahap, mahatari meminta xnk kuar lg. ALLAH membenarkn. Mahatari bersembunyi di Arasy. Jd bumi dlm kegelapan selama 3 ari. Ya ALLAH. Semua kelam kabut. Baik Islam atau kafir. Semuanye takut, risau, dan gelisah. Dunia dah tunggang langgang.


Cume ade 3 g0l0ngan sahaje yg tau bahawa dunia bakal kiamat. G0l0ngan pertama adalah g0l0ngan ahli tahajud . Yang ke dua g0l0ngan ulama’ yg solihin. Yang ketiga g0l0ngan ahli2 masjid. Tiga-tiga g0l0ngan ini hanye memikirkn dri sendri, dah x ambik tau 0rg2 lain, suami x hiraukn istrinye, bapa x hiraukn ank2nye, dan para ulama’ x hiraukn ahlinye. Masing2 beribadat utk dri sendri shj.


Akhirnye, matahari menunjukkn diriye lps 3 ari menyepi.Tetapi kemunculannye dr arah barat. Dan ini adalah salah 1 tande akhir kiamat. Pd tika ini semua ibadat x d terima lg. Muncullah KIAMAT. [SUBAHANALAH]