Thursday, May 21, 2009

Aku duduk syurga tingkat berapa?

Tanya seorang ahli ibadat yang sedang bertapa dalam gua, yakin dengan ibadatnya yang hebat yang mana telah mencecah berpuluh puluh tahun, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud,
lantas bertanya kepada Allah,
aku duduk syurga tingkat berapa wahai tuhan?

Jawapan:-
tingkat berapa?nama dalam senarai ahli syurga pun belum ada.

Alangkah terkejutnya ahli ibadat yang telah beribadat mencecah berpuluh puluh tahun, yang mana makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, dah begitu hebat punya amalan, namun, nama dalam senarai ahli syurga pun belum ada?Oh, jika aku yang dah begini banyak ibadat belum tentu masuk syurga, bagaimana dengan orang lain yang tak pernah ibadat?
Bagaimana nasib mak aku, adik aku yang tak pernah beribadat?
Tanya orang tua itu dalam keadaan penuh sedih.

Lantas Allah telah memberi jawapan yang baru kepada Nabi Musa untuk dikhabarkan kepada ahli ibadat itu bahawa sekarang,
setelah ahli ibadat ini ada fikir risau atas orang lain, maka namanya telah berada dalam senarai ahli syurga, Alhamdulillah.

Moral:
kepada ahli ibadat yang beramal soleh,
tapi tidak pernah berkerut kening apabila melihat atau teringat kepada ahli maksiat,
maka janganlah korang berangan masuk syurga tingkat berapa,
kerana apabila azab Allah turun, koranglah orang yang pertama kena azab,
demikian berita yang aku dengar dari hadith sabdaan nabi Muhammad SAW.
oh, dosa mana lagi yang aku dustakan?

1 comments:

Anonymous said...

yang penting amalan kita.