Thursday, May 21, 2009

Aku duduk neraka tingkat berapa?

Aku duduk neraka tingkat berapa?
Tanya seorang samseng kepada Nabi Musa, [Wah! soalan macam ni pun ada, jahat betul mamat ni, boleh pulak tanya soalan macam gitu]

Di sini Allah memjawab soalan dengan soalan..
Tanya Nabi Musa kepada lelaki itu,
Bagaimana caranya jika Allah mahu masukkan dunia ke dalam lubang jarum?

Jawab lelaki itu
Allah boleh memasukkan dunia ke dalam lubang jarum tanpa Allah membesarkan lubang jarum, dan tanpa Allah mengecilkan dunia.

Lalu nabi Musa bagitahu
nama kau tiada dalam senarai ahli neraka.

oh! Alangkah terkejutnya lelaki itu, lantas terus terpegun dengan Rahmat Allah,
dan terus mengubah hidupnya menjadi orang yang benar benar beriman,
dan dalam perjalanan takdir,
lelaki itu terus menjadi pengikut Nabi Musa dan mati dalam keadaan beriman.

Moral:
Orang yang betul yakinnya dengan Allah, betul sangkaanya dengan Allah,
dan tidak pernah mempertikaikan kekuasaan Allah,
maka insyAllah, jalan taubat akan terbuka untuknya,
jadi, sejauh mana yakin kita pada Allah hari ini?
Tepuk dada tanyalah iman..

0 comments: