Thursday, May 21, 2009

bimbang aku bimbang

Aku bimbang .. sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok.. aku mati mendadak?Sembahyangku masih banyak.. yang belum terqada'.
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak.
Hutangku masih berlambak-lambak.Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai.
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai.
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajahnya
Atau ................
apakah aku akan dibelasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?Apakah aku dapat menahan sakit Bila ular kubur datang menggigit Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
Isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah.Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA.
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan.Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan.Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang.Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang.. amat bimbang..
Imanku masih terumbang-umbang Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an.
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan.
Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang.
Tinggalkanlah padang bola.. TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu.
Berhentilah menjadi sahabat syaitan.
Agar hidupmu mendapat keredhaan.
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH!

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa . ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, AMIN."

1 comments:

Anonymous said...

sshkan kite nak tinggalkan ape yang dah sebati dlm hdp kita kan.